inilah masalah yang saya pernah hadapi dahulu. masa mula-mula menggunakan wordpress (untuk laman web Yimaster yang lain) memang masih baru lebih-lebih lagi bila ketiga-tiga benda alah ini perlu digabungkan bersama iaitu godaddy, hosgator dan wordpress untuk menghasilkan laman web yang lengkap dan professional. dalam sehari saya bermain dengan hosgator dan wordpress. godaddy tidak berapa menyusahkan.
tekan sana tekan sini, pelbagai masalah yang saya hadapi disebabkan saya ini suka menyelesaikan masalah dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa. akhirnya, saya mengalah juga dan meminta bantuan pihak hosgator sendiri dengan menghubungi Chat mereka.
sebaik sahaja masalah pertama saya diselesaikan oleh hosgator sendiri, tiba pula masalah lain iaitu berbunyi begini, WP Super Cache caching broken! memang akan membangangkan sekali bila masalah baru yang timbul. saya cuba cari di internet, tetapi jawapan yang agak menghampakan kerana tidak begitu lengkap.
akhirnya, saya terjumpa satu penyelesaian yang terlampau mudah untuk masalah yang berbunyi lebih panjangnya begini :
Warning! WP Super Cache caching broken! The script advanced-cache.php could not load wp-cache-phase1.php.
Please edit /nfs/c04/h04/mnt/12345/domains/mydomain.com/html/wp-content/advanced-cache.php and make sure the path to /nfs/c04/h04/mnt/12345/domains/mydomain.com/html/wp-content/plugins/wp-super-cache/wp-cache-phase1.php is correct.
kalau anda ada menghadapi masalah ini hanya klik deactived iaitu WP Super Cache dan aktifkan balik.
sungguh mudah. tetapi, saya tetap bangga dengan sendiri kerana masalah menggunakan ketiga-tiga benda ini diselesaikan dengan singkat dan tidak mengambil masa yang lama. dalam sehari sudah selesai untuk aktifkan web hosting dan domain.