Quantcast
Channel: Young Internet Master
Viewing all articles
Browse latest Browse all 334

Adakah Benar Vitamin C Mampu Memutihkan Kulit Seluruh Badan Anda?

$
0
0
Setiap wanita inginkan kulit wajah dan seluruh badan kelihatan putih berseri dan bersinar sehingga menarik perhatian jejaka yang memang ketagih dengan wanita yang berkulit putih. tetapi pada zaman sekarang, si jejaka pula sudah mula berminat untuk memutihkan kulit mereka lebih-lebih lagi rakyat Malaysia. mungkin kalau kulit putih sedikit lelaki ini lebih yakin lagi.

admin juga tidak kurang gelapnya kulit. tetapi admin tidak semuanya berkulit gelap tetapi di bahagian tertentu sahaja seperti tangan dan bahagian muka kerana lebih terdedah kepada cahaya matahari. kalau pada bahagian yang dilindungi seperti kaki dan bahagian yang ditutupi dengan baju iaitu dada dan perut memang jauh berbeza ton warnanya. badan tidak mengikut spek yang dikehendaki admin atau mana-mana yang mempunyai masalah seperti admin.

Jadi, admin membuat kajian dengan bantuan Pakcik Google. macam-macam produk yang kita jumpa di dalam internet ini. jika tidak berhati-hati mengundang kerugian terhadap diri sendiri sebab membeli produk yang tidak berkesan walaupun sudah mencuba banyak kali produk yang sama. admin pernah cuba Aurawhite dengan K-Colly, tetapi tidak memberi kesan kepada admin. admin tidak pasti apa silap admin, malah semua arahan yang diberikan oleh Seller tersebut diikuti. admin yakin produk seperti ini hanya mengaut keuntungan sahaja.

Admin tidak berputus asa dan terbaca sebuah blog yang bertajuk memutihkan kulit dengan vitamin C. dari situ admin mula berminat dengan vitamin C sebab vitamin C adalah sumber yang amat penting untuk kulit. admin try dalam masa 2 bulan pengambilan vitamin C, keputusannya? memang terbukti berkesan! tetapi tidak seperti yang admin mahukan iaitu sekata dengan kulit bahagian yang terlindung. kulit admin masih tidak sekata. tetapi yang pasti ada perubahan ton pada kulit tangan. lebih-lebih dibahagian muka lebih cepat berbanding tangan.

admin tidak berpuas hati, mungkin ada sesuatu yang admin terlepas pandang. kaji punya kaji, jumpa pula info pasal pengambilan vitamin C sahaja tidak cukup. anda perlu ambil vitamin lain untuk membantu menaikkan kerbekesanan vitamin C bagi memutihkan kulit. vitamin yang dimaksudkan adalah vitamin E dan supplement tambahan yang lain iaitu Alpha Lipoic Acid dan Omega 3 Fish Oil. kesemuanya adalah berbentuk capsule. termasuk supplement tambahan vitamin C. anda perlukan 4 jenis bahan ini atau supplement ini untuk menjayakan misi memutihkan kulit. anda kena percaya bahawa gabungan keempat-empat supplement ini membantu memutihkan kulit anda.

Jadi admin sekarang tengah menggunakan keempat-empat supplement ini untuk membantu vitamin C. untuk pengetahuan anda, pengambilan C terganggu jika anda mengambil minuman keras alcohol, merokok, dan caffein. jika anda ingin menggunkan caffein dalam kehidupan seharian anda, pastikan jarak diantara pengambilan vitamin C dan caffein 2 jam lebih. satu lagi, elakkan diri daripada stress atau tertekan tidak kira berkaitan dengan kerja atau keluarga anda. mengikut kajian, stress akan mengurangkan kerbekesanannya vitamin C terhadap badan anda.

jadi, setiap supplement seperti vitamin C, Vitamin E, Alpha Lipoic Acid dan Omega 3 Fish Oil mempunyai saiz yang berbeza. jadi admin ceritakan terlebih dahulu vitamin C. pengambilan vitamin C adalah bila-bila sahaja tetapi sebaik-baiknya diambil selepas makan. vtamin C ada saiz tertentu iaitu ada yang 500mg hingga ke 1000mg lebih juga ada. jadi kita mempunyai misi iaitu untuk memutihkan kulit, anda disarankan mengambil sekurang-kurangnya 2000mg hingga ke 3000mg. tetapi kena ingat tidak semua orang yang boleh telan dengan saiz yang besar kerana ada yang mengalami cirit birit kemungkinan terlebih dos vitamin C. jika anda mengambil 3000mg sehari sentiasa hendak cirit-birit sila kurangkan pengambilan sehari dalam 2000mg. jika anda selesa dengan 2000mg sila kekalkan untuk hari yang seterusnya.

Vitamin C boleh diambil pada waktu tengahari pukul 12 dan waktu petang pukul 6. jadi, vitamin C ada 1000mg untuk satu capsule, telanlah satu capsule pada waktu tengahari dan satu capsule lagi pada waktu petang. jadi 2 capsule sehari iaitu 2000mg.

sekarang bagi vitamin E pula, dikira dalam unit IU iaitu International Unit. jadi satu capsule sudah memadai kerana terdapatnya 300IU untuk satu biji. vitamin E ini kebaikannya adalah membantu mengurangkan jerawat dan meratakan kulit muka yang ada scar.

untuk pengambilan Alpha Lipoic Acid 100mg hingga ke 300mg adalah sudah mengcukupi. jangan overdose takut ada jadi apa-apa pada badan anda. admin tidak pasti apakah akibat overdose Alpha Lipoic Acid. yang penting ikutlah seperti yang ditetapkan. Alpha Lipoic Acid ini sangat sesuai bergabung dengan vitamin C untuk memutihkan kulit badan anda yang tidak sekata.

seterusnya, iaitu Omega 3 Fish Oil. untuk pengetahuan semua, kebaikan Omega 3 fish oil supplement tambahan ini adalah sangat banyak iaitu khas untuk yang depression diabetis, penjagaan mata, cancer dan banyak lagi. jika kekurangan fish oil dalam badan anda akan mempunyai penyakit seperti asma, penyakit jantung, diabetes tahap II, dan banyak lagi. omega 3 ini tidak juga datangnya dari supplement tambahan semata-mata, ia juga dari mana-mana ikan. tetapi pengambilan supplement tambahan omega 3 fish oil amat digalakakkan memandangkan dalam makanan ikan harian dosnya hanya sedikit sahaja tidak seperti supplement tambahan iaitu 1000mg untuk satu capsule. untuk kulit pula ia akan melicinkan kulit anda. jerawat pun berkurang mengambil omega 3 ini. mengikut kajian Europe mengambil Omega 3 juga mengurakan potensi anda dari Kanser kulit. pengambilan Omega 3 adalah 1000mg hingga ke 2000mg. satu capsule ada 1000mg. boleh dimakan sekali dengan vitamin C iaitu tengahari dan waktu petang.

Apakah jenama/brand vitamin C, Alpha Lipoic Acid, Vitamin E dan Omega 3 Fish Oil? ada pelbagai jenama yang ada di pasaran sekarang. kita sebagai pengguna mestilah bijak memilih yang betul-betul berkesan dan tidak memudaratkan kesihatan. bagi Vitamin C, admin menggunakan dari brand Blackmores.

Blackmores Bio C 1000mg


pastikan beli yang kuantitinya 60 capsule satu botol jadi cukuplah digunakan untuk satu bulan. brand ini sahaja yang sesuai untuk ditelan admin sebab jenama lain menyebabkan cirit-birit walaupun diambil dalam kuantiti yang sama dengan jenama blackmore. ada juga jenama lain selain blackmores bagi vitamin C ini, tetapi ini lebih sesuai dan berkesan pada kulit admin. harga bagi 60 capsule dalam RM60 lebih bergantung pada farmasi-farmasi yang berdekatan dengan anda.

bagi brand Omega 3 Fish Oil, mana-mana jenama boleh digunakan. blackmores juga ada keluarkan supplement Fish Oil mereka sendiri. jadi belilah mengikut kemampuan anda sebab harga berbeza bagi setiap jenama yang menjual supplement omega 3 fish oil ini.





Alpha Lipoic Acid agak susah dicari dimana-mana farmasi. tidak semua farmasi yang menjualnya. boleh tanya seller mana-mana farmasi atau boleh pergi ke guardian dan watson untuk mencari supplement ini. tetapi admin pernah gunakan dari brand Kordel's.



anda boleh cari di mana-mana secara online seperti di lelong bagi supplement Alpha Lipoic Acid ini.

yang terakhir sekali adalah Vitamin E. vitamin E ini agak mahal sedikit iaitu dalam RM80 lebih untuk satu botol bergantung pada jenama yang anda beli. admin gunakan sekarang adalah jenama dari kordel's juga. boleh cuba jenama lain seperti Blackmores



ini sahaja admin mampu berikan info untuk memutihkan kulit anda dengan vitamin yang dari sumber asli. semoga memberi manfaat kepada yang ingin memiliki kulit putih dan sekata. anda boleh cuba tengok perubahan dalam masa sebulan atau 2 bulan pengambilan supplement yang admin cadangkan. yang pasti ada kekurangan info dalam entri ini. anda boleh teruskan mengkaji kemungkinan ada supplement tambahan yang diperlukan untuk keberkesanannya. elakkan mengambil produk supplement yang 3 in 1. sebagai contoh aurawhite dan yang seangkatan dengannya.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 334