kali ini saya akan berkongsi dengan tips-tips berkenaan SEO. pada masa kini, semakin ramai pengguna internet menyediakan perkhidmatan SEO untuk pengguna internet lain yang ingin mendapatkan servis SEO dari penyedia servis SEO ini.
Tetapi, anda perlu berhati-hati jika memilih perkhidmatan SEO di internet. Percuma atau tidak, ia adalah bergantung pada diri sendiri untuk memilih mana satu yang betul.
apa yang saya maksudkan di sini ialah, ada segelintir Servis SEO yang disediakan oleh pengguna internet ini akan memudaratkan laman web anda jika kesilapan yang dilakukan oleh servis SEO ini. kesilapan yang saya maksudkan ialah servis SEO yang diberikan kepada anda mungkin ada menggunakan teknik Black Hat.
jika laman web anda disyaki menggunakan teknik Black Hat, laman web anda akan diketahui oleh Google bahawa anda ada menggunakan teknik ini. ia akan menyebabkan laman web anda kena banned. itu pun jika penyedia servis SEO tersebut tersilap langkah. sudah pastinya yang menyediakan servis SEO jenis blackhat ini tidak akan diketahui oleh Google kerana adanya cara tertentu untuk dielakkan daripada dikesan.
jadi, saya ingin nasihatkan supaya pilihlah syarikat atau orang yang menggunakan teknik SEO yang betul bagi mengelakkan anda punya laman web dikategorikan sebagai black hat.