Quantcast
Channel: Young Internet Master
Viewing all articles
Browse latest Browse all 334

Apakah Itu CMS (Content Management System)?

$
0
0

Content Management System (CMS) adalah program komputer yang membolehkan kita membuat penerbitan, penyuntingan dan mengubah suai kandungan di laman web serta penyelenggaraan yang mudah dilakukan yang disediakan oleh Laman Web CMS. Sistem pengurusan kandungan seperti menyediakan prosedur untuk menguruskan kerja di laman web yang kita bangunkan menggunakan CMS ini.

Prosedur ini boleh dilakukan samada secara manual ataupun secara automatik.
Kandungan pertama Pengurusan sistem (CMS) telah diumumkan pada akhir 1990-an. CMS ini telah direka untuk memudahkan tugas kompleks yang menulis versi pelbagai kod dan membuat proses pembangunan laman web yang lebih fleksibel. 

Platform CMS membolehkan pengguna untuk membuat penulisan, penerbitan dan pengubahsuaian pada antara muka depan laman web anda sehingga ke bahagian yang lebih lengkap di sebalik laman web anda.

Adakah anda sudah mula faham apakah itu CMS?

baiklah. untuk memudahkan anda memahami, CMS iaitu yang paling ramai digunakan oleh kita seperti Wordpress. Wordpress adalah CMS kerana ia bekerja untuk kita membuat penulisan blog, mudah untuk menyimpan video ke laman web, gambar, berkongsi berita dengan lebih kompleks, dan pelbagai lagi fungsi yang boleh dilakukan CMS ini.

Jadi, dengan CMS ini anda boleh menghasilkan Blog sendiri, Store atau Ecommerce sendiri, laman web peribadi, laman web syarikat sendiri dan laman web yang lain.

Bagaimanakah cara untuk menggunakan CMS ini?

CMS boleh digunakan samada secara percuma ataupun memerlukan wang keluar sedikit dari poket anda. jika anda ingin membangunkan laman seperti blog secara percuma, anda hanya register di Laman web yang menyediakan CMS.

Tapi jika anda ingin membangunkan laman web seperti kedai online ataupun yang lebih professional lagi, anda perlulah menggunakan servis untuk Domain Hosting dan Web hosting. Dengan adanya domain hosting dan web hosting, anda boleh mempunyai nama domain dan database sendiri tetapi segala kerja akan dilakukan di laman web CMS.

ramai yang tidak faham untuk mengabungkan web hosting dan domain hosting ini ke Laman Web CMS seperti wordpress, tetapi terdapat banyak sifu-sifu di youtube ataupun tanya pakcik google, pasti dapat membantu.

senarai-senarai CMS yang percuma?
berikut adalah senarai CMS yang boleh anda gunakan untuk membangunkan laman web anda dengan lebih professional dan menawan.

Wordpress
Platform CMS untuk membuat website Blog, Forum, Social network














merupakan platform CMS yang paling ramai digunakan di seluruh dunia. sudah semestinya percuma untuk digunakan. yang berbayar adalah plugin yang disediakan oleh Developer bebas. tetapi, anda tidak perlu kisah tentang plugin kerana jika anda menggunakan khidmat membuat website menggunakan Platform CMS, Designer pasti ada menyediakan pakej memasang plugin untuk anda. jika anda belum bersedia untuk menggunakan yang berbayar, anda masih boleh menggunakan wordpress tetapi nama domain anda akan kelihatan begini : anakkambing.worpdress.com. maksudnya anda masih menggunakan database milik wordpress. kelemahan tidak menggunakan web hosting dan nama domain sendiri ialah anda tidak akan dapat menukar ke theme yang lebih hebat dan professional. 

Joomla
Platform CMS untuk membuat website Blog, Forum, Social networkmerupakan platform yang telah memenangi award bagi CMS. sangat mudah digunakan seperti worpdress dan mempunyai aplikasi yang begitu mantap untuk membangunkan laman web yang lebih menarik. jika anda sudah biasa menggunakan wordpress anda akan tahu menggunakan Joomla.

Drupal
Platform CMS untuk membuat website Blog, Forum, Social networkPlatform yang juga ramai digunakan di luar negara, tidak pasti di Malaysia, mungkin ada yang menggunakan platform drupal ini di Malaysia. sama juga fungsi dan kelebihan seperti wordpress dan joomla diatas. boleh digunakan untuk membuat blog sendiri, kedai online, Forum, laman web berita, dan pelbagai lagi yang boleh dibangunkan menggunakan drupal.

Platform CMS yang lain dan juga percuma:
*Silverstripe
*Cushy CMS
*Frog CMS
dan banyak lagi.

terdapat banyak lagi platform CMS yang dibangunkan di internet ini tetapi saya hanya kongsikan dengan anda yang paling ramai digunakan dan sentiasa diupdate oleh pengasas CMS tersebut.

yang manakah pilihan CMS yang paling Bagus untuk membangunkan blog sendiri, Ecommerce (kedai Online), Forum, dan laman web yang lain?

bagi saya ketiga-tiga Platform CMS yang diatas masing-masing mempunyai kelebihan. apa yang penting adalah cara anda menggunakan laman web anda dan mudah untuk digunakan melakukan apa sahaja keatas laman web anda.

Dari segi serangan Hackers (pengodam) dan virus manakah yang terbaik untuk mengelakkan dari serangan?

tiada yang dapat lepas dan lari dari hackers! jangan takut bila saya katakan begini. bukan bererti anda tidak selamat. yang pasti kesemua CMS tiada yang mustahil untuk dihack. yang penting anda sentiasa update CMS anda mengikut arahan daripada pencipta CMS yang anda gunakan dan pastikan theme dan plugin yang anda gunakan adalah bebas dari sebarang ancaman virus dan hackers. jadi, ia adalah bergantung kepada kita sendiri untuk mengelakkan dari serangan tersebut. sudah semestinya anda perlukan plugin juga untuk mengelak semua ini. plugin boleh didapati di platform CMS itu sendiri.

kesimpulannya, pilihlah platform CMS yang anda rasa mudah digunakan dan memudahkan kerja penulisan, penyusunan, edit dan sebagainya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 334