saya pun tidak pasti yang mana satu tajuk video yang menarik perhatian saya tetapi ada sedikit tempiasnya seperti di atas. saya pun kliklah pada video tersebut. tengok pada tarikh diupload agak baru juga video ini. saya pun layalah video tersebut dan ia menunjukkan seorang perempuan yang bernama Amanda Todd sedang meluahkan perasaannya dengan menggunakan berpuluh-puluh keping kertas. Amanda menulis setiap perasaannya di atas setiap kertas tersebut dan menunjukkan ke arah video untuk diuploadnya ke youtube. pada mulanya saya fikirkan video ini cuma gurauan dan saya mula ternampak facebook page tentang kematiannya seperti 'RIP Amanda Todd" dan saya mula search di internet dan percaya bahawa Amanda Todd benar-benar membunuh diri.
Video Amanda Meluahkan Perasaannya
Amanda menceritakan pengalaman hidupnya yang begitu mencabar iaitu semasa dia menggunakan Webcam untuk berhubung dengan teman-teman baru dan teman dari tempat lain. Amanda telah dipuji dengan pelbagai ayat seperti cantik dan menawan oleh pengguna webcam yang berhubung dengan amanda di webcam. orang tesebut meminta amanda todd untuk menggunakan flash. tidak silap saya flash ini dalam bentuk gambar. bermakna orang yang tidak dikenali tersebut meminta amanda mengambil gambarnya.
amanda pun buat seperti yang disuruh. 1 tahun kemudian, amanda telah menerima mesej di facebook dari lelaki . amanda tidak tahu bagaimana dia boleh mengenalinya. Lelaki yang tidak dikenali tersebut meminta Amanda Todd untuk membuat Show (persembahan) di webcam (Maksudnya, menyuruh Amanda melakukan tarian bogel dalam Webcam) jika tidak lelaki tersebut akan menyebarkan gambar payudaranya.
Orang tersebut mengetahui alamatnya, sekolahnya, perhubungannya, kawannya malah nama ibubapanya.
seterusnya selepas krismas, amanda mengatakan pada pukul 4 pagi pintu rumah mereka diketuk dan yang mengetuk pintu tersebut adalah Polis yang ingin menyampaikan berita kepada Amanda bahawa gambarnya payudaranya telah disebarkan kepada semua orang. (gambarnya payudaranya diambil semasa lelaki yang meminta amanda menggunakan Flash pada 1 tahun yang lalu. tidak pasti samada amanda rela mengambil gambar payudaranya untuk lelaki yang tidak dikenalinya. saya rasa amanda rela mengambil gambar payudaranya kerana beliau diumpan dengan kata-kata manis lelaki tersebut yang memujinya cantik dan pelbagai ayat lagi)
sebaik sahaja mendapat berita tersebut dari polis, amanda begitu tertekan, stress dan panic disorder. amanda pun mula mengambil dadah dan alcohol. setahun berlalu, lelaki yang tidak dikenali tersebut muncul lagi dengan menunjukkan senarai kawan dan sekolah tetapi menghasilkan Facebook Page dengan menjadikan gambar payudaranya ( . ) ( . ) sebagai gambar profile facebook page tersebut.
Amanda menangis sepanjang malam dan kehilangan semua temannya dan hormat keatasnya. ramai yang tidak menyukai amanda (orang tidak menyukai amanda kemungkinan amanda begitu murah menunjukkan payudaranya? bukan orang sana tidak malu buat benda camni dan masyarakat sana tidak kisah benda tunjuk-tunjuk ini?? ) amanda mengatakan bahawa gambar tersebut tidak akan dapat diambil balik. ia akan sentiasa berada di internet buat selamanya.
Amanda mula cutting (Amanda mula menjadi Emo dengan melukakan tangannya) dan berjanji tidak akan lagi. (part ini saya tidak berapa jelas, saya rasa amanda mungkin menyesal dengan perbuatannya menunjukkan payudaranya) semasa di sekolah amanda tidak mempunyai teman dan keseorang semasa makan tengahari. amanda mula berpindah sekolah lain. semuanya dalam keadaan baik tetapi masih juga keseorangan. amanda makan tengahari di perpustakaan setiap hari. 1 bulan kemudian selepas pindah sekolah, amanda mula bercakap dengan kawan lelaki lamanya. mereka mula kembali seperti biasa dan saling menghantar mesej. temannya tersebut mengatakan mula menyukainya dan dia sudah ada mempunyai girlfriend.
teman lelaki lamanya itu membawa amanda untuk brjumpa dengan girlfriendnya yang baru datang dari bercuti. amanda mengatakan yang dia telah melakukan kesilapan. lelaki tersebut mula ketagih dengan Amanda. Amanda berfikir bahawa selama ini lelaki tersebut menyukainya sahaja. 1minggu kemudian amanda mendapat mesej untuk menyuruh amanda keluar dari sekolah (tiba-tiba), girlfriend lelaki tersebut (termasuk lelaki tersebut ) dan 15 orang yang lain datang kepadanya. girlfriend lelaki tersebut mengatakan kepada Amanda untuk melihat sekeliling bahawa tiada orang yang sepertinya di hadapan sekolahnya (ada 50 orang yang menyaksikan kata Amanda). seorang lelaki menjerit dengan mengatakan pukul sahaja perempuan tersebut. (amanda maksudnya).
jadi perempuan tersebut mula menolaknya hingga jatuh ke tanah dan memukulnya banyak kali. pada masa itu seorang budak telah mengambil videonya dibuli. Amanda hanya keseorangan dan ditinggalkan di atas tanah. amanda berfikir bahawa hidupnya seakan-akan boneka dan orang lain tidak layak dipergunakan sepertinya.dia menipu diri sendiri mengatakan semuanya adalah salahnya sendiri. Amanda tidak mahu lelaki yang menyukainya tersebut dibelasah oleh geng girlfriend lelaki tersebut kerana amanda menyangka lelaki tersebut benar-benar menyukainya tapi sebenarnya lelaki tersebut hanyalah mahu SEX semata-mata. (part ini saya mula tidak faham, apa motifnya dibelasah. yang pasti amanda dibuli) selepas amanda dibuli, amanda telah dijumpai ayahnya dan membawanya pulang kerumah.
sampai sahaja dirumah amanda mula ingin meminum Bleach (pencuci pakaian). ia begitu menyakitkan dan amanda merasakan bahawa dia telah mati. amanda telah dibawa oleh ambulance ke hospital dan melakukan pemeriksaan keatasnya. sampai sahaja di rumah dari hospital, di facebooknya, orang menulis " She Deserved It. Did You Wash The Mud Out Of Your Hair?- I Hope She Dead" (translation : dia memang menerimanya. adakah awak telah mencuci tanah dari rambut awak? saya harap dia mati). tiada orang peduli dengannya dan dia mula berpindah ke bandar yang lain di tempat ibunya dan sekolah yang baru. 6 bulan telah berlalu orang ramai mula membuat lawak keatas gambarnya dengan menulis pada gambarnya tentang BLEACH, CLOREX dan DITCHES. (maksudnya, gambarnya dijadikan bahan lawak. kalau anda suka layan gambar troll dan meme punya gambar, anda pasti tahu) gambarnya diedit oleh orang ramai dan boleh dijumpai di laman web Meme photo. gambar trollnya telah ditag namanya oleh pengguna internet yang lain.
mereka mengatakan kepada amanda bahawa amanda patut mencuba Jenama Bleach yang lain dan amanda patut mati dan mereka berharap Amanda Todd melihat komennya dan pergi membunuh diri. amanda meluahkan perasaannya dengan mengatakan kenapa dia yang menerima semua ini? amanda berfikir kenapa dia masih berada di dunia ini? dengan apa yang berlaku padanya yang lalu, dia tidak dapat pergi ke sekolah dan berjumpa dengan teman baru. dia berasa tertekan dengan kehidupannya. pada masa amanda meluahkan perasaannya di video ini, Amanda telah menyertai "Anti-deppresants"untuk menjalani kaunseling dan sebulan berlalu pada musim panas, dia telah overdose (maksudnya sudah teruk sangat tahap tertekannya) selama dua hari dia berada di hospital. pada akhir video dia mengatakan dia memerlukan seseorang. video dia pun tamat.
jika anda ingin melihat videonya anda boleh ke:
Fakta Ringkas Amanda Todd
Amanda Michelle Todd (meninggal dunia pada Oktober 10, 2012) adalah seorang remaja 15 tahun Kanada yang membunuh diri disebabkan siber buli melalui laman web rangkaian sosial Facebook. Pada 7 September 2012, Todd Upload sebuah video di YouTube di mana dia menggunakan kertas untuk memberitahu pengalaman beliau sedang dibuli, dan fizikal diserang. Di dalam video dia menyebut telah menghantar imej buah dadanya kepada seorang lelaki yang kemudiannya diedarkan di seluruh internet.
Tidak lama sebelum 18:00 pada 10 Oktober 2012, Royal Kanada Mounted Polis telah dipanggil ke rumahnya di Port Coquitlam, untuk menyiasat apa yang mereka rujuk sebagai "kematian mengejut".
Mereka telah melancarkan siasatan penuh keatas kematian Todd. Polis sedang menjalankan temu bual, mengkaji kandungan di laman media sosial, dan secara aktif memantau halaman.
Christy Clark, Perdana Menteri British Columbia, membuat kenyataan dalam talian takziah mencadangkan perbincangan kebangsaan dibuat membincangkan jenayah siber buli.
Kesimpulanya:
perkara seperti ini memang patut kita ambil perhatian. membuli adalah sesuatu yang paling kita ingin elakkan berlaku keatas kita dan anak-anak kita. buli adalah salah satu jenayah yang berat. tetapi kesilapan Amanda Todd disini adalah dia tidak dapat menahan tekanan perasaannya sehingga menyebabkan dia berfikir terlalu pendek dengan mencuba untuk membunuh diri. membunuh diri adalah DOSA dan walaupun hidup susah bagaimanapun, agama tidak membenarkan kita membunuh diri untuk menyelesaikan masalah dan jika anda mati membunuh diri anda berdosa besar.
saya memang tahu amanda todd membunuh diri kerana terlalu tertekan. saya memang menyokong amanda, tetapi saya katakan TIDAK untuk perlakuannya yang telah membunuh diri. jika anda ada masalah dibuli samada secara fizikal ataupun mental (iaitu dari segi siber), sila luahkan perasaan anda dengan kawan-kawan yang rapat dengan anda, ibubapa anda atau berjumpa dengan kaunselor. perkara seperti boleh dibendung jika kita berfikir dengan waras. i know internet is BIG, but itu bukan bermakna hidup anda telah musnah kerana setiap perkara pasti ada yang dapat dilupakan. ingat, hidup kita hanya sekali. gunakan hidup dengan sebaik yang mungkin dan sesekali sia-siakan hidup anda. (sayang muka cantik dan suara menyanyi pun sedap tetapi membunuh diri. God Bless)
saya ingin ucapkan Takziah keatas kematian Amanda Todd. Semoga beliau dirahmati Allah.