Quantcast
Channel: Young Internet Master
Viewing all articles
Browse latest Browse all 334

Asas Backtrack 5 Yang Anda Perlu Ketahui

$
0
0
Backtrack 5 tidak perlu saya ulang lagi iaitu khas untuk Penetration Testing. Anda boleh pergi ke entri saya yang sebelum ini mengetahui dengan lebih jelas apakah Backtrack dan fungsi-fungsinya di : Pengenalan Tentang Open Source Backtrack.

Kalau anda adalah pengguna Backtrack 5 yang masih baru dan hendak berjinak menggunakan Backtrack, anda berada di area yang betul kerana saya akan berkongsi dengan anda asas-asas ataupun basic menggunakan Backtrack dengan betul. kenapa saya katakan menggunakan Backtrack 5 ini dengan betul? kenapa tidak hanya teruskan sahaja menggunakan backtrack ini tanpa memerlukan asas ataupun langkah-langkah yang patut kita gunakan sebelum menggunakan Backtrack 5?


kita sebagai orang yang baru belajar menggunakan Backtrack 5 ini adalah untuk mengelakkan anda menjadikan laman web orang lain, komputer atau laptop, akaun facebook orang lain dan sebagainya menjadi mangsa kita. Anda yang baru menggunakan backtrack 5 perlu menjalankan ujian ataupun percubaan dengan selamat terlebih dahulu. bagaimana hendak menggunakan Backtrack 5 dengan  selamat? anda pastinya perlukan virtual machine iaitu software yang boleh memainkan Operating System di dalam satu sistem komputer atau laptop anda sahaja.

perkara ini kita gelarkan sebagai Virtual Lab ataupun Makmal Virtual. boleh juga kita gelarkan sebagai Makmal Hacking mengikut kefahaman anda. dengan adanya Virtual Machine ini, anda boleh melakukan ujian mengodam virtual machine sahaja dan tidak memudaratkan orang lain. anda hendak belajar hack windows orang lain, virtual machine amat diperlukan. Dengan Virtual Machine ini, kita boleh boot pelbagai jenis Operating System yang lain seperti, Linux, Windows 7 atau 7, windows XP, Vista dan yang lain.

Jika hendak mengodam Wifi, virtual machine tiada kaitan langsung untuk mengodam wifi menggunakan backtrack ini. Anda boleh cuba Hack wifi anda sendiri. tetapi, jika anda tidak mempunyai Wifi, cubalah hack Wifi jiran sebelah tetapi apa-apa kemungkinan anda menggunakan Wifi orang lain tanpa kebenaran, itu adalah tanggungjawab anda sendiri.

Jadi, untuk menggunakan Backtrack 5 dengan lengkap saya senaraikan kepada anda beberapa tools yang anda perlukan dibawah :


  • Backtrack 5 :

boleh download di sini secara PERCUMA Di : Backtrack Linux : Backtrack 5 Download

Cara mendownload Backtrack 5 :

Mula-mula, sebaik sahaja anda sudah klik Link seperti diatas ke Backtrack Linux, anda akan dapat melihat seperti gambar di bawah :

sebaik sahaja anda sudah sampai di sini, anda terus klik sahaja butang "DOWNLOAD" tersebut tanpa menulis maklumat pada ruang kosong tersebut.

anda akan dapat melihat paparan seperti dibawah sebaik sahaja anda klik download tersebut.

Pada no 1, pilih Backtrack 5 R3 iaitu merupakan Version yang terbaru keluaran mereka.

no 2 pula anda klik GNOME.

no 3, ini bergantung berapa Bit operating system yang anda gunakan. Jika anda tidak tahu berapa Bit O.S yang anda gunakan, pergi ke My Computer dan Right Click pada My Computer anda dan Klik pada Properties. anda akan dapat melihat berapa bit OS anda.

no 4, disebabkan kita hendak mewujudkan suasana Makmal Hacking, kita klik pada ISO

no 5, ini adalah terpulang kepada anda bagaimana cara anda hendak download. anda boleh pilih Direct iaitu anda perlulah menunggu sehingga habisnya download barulah anda boleh padamkan laptop atau komputer anda. Jika anda ada mempunyai Torrent Client, anda boleh pilih Torrent. Dengan Torrent, anda tidak perlu menunggu download sehingga habis kerana anda boleh sambung kembali pada hari lain jika download masih belum habis lagi.

no 6, sekarang masa untuk klik butang CLICK TO DOWNLOAD.


  • Virtual Machine :

Jika Backtrack 5 anda sudah habis download. seterusnya kita perlukan Virtual Machine. Virtual Machine ada terdapat dua iaitu VirtualBox dan VMWare Player. saya sarankan anda menggunakan Virtual Machine jenis VMWare Player kerana saya menggunakan VMWare Player dan mudah juga saya memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakannya nanti dengan Backtrack 5.

anda boleh download VMWare Player secara percuma di : VMWare Product

saya tidak akan mengajar anda cara mendownload VMWare Player ini kerana pilihan pertama dan terakhir hanyalah klik pada butang download sahaja. 

tidak dilupakan juga, untuk menjalankan hacking ini internet amat diperlukan jadi pastikan laptop anda ada Wifi untuk menyambungkan internet. dengan adanya Wifi, anda boleh hacking Wifi. jika tidak ada Wifi tetapi mempunyai internet melalui Modem, wifi tidak akan dapat digodam dan anda hanya dapat mengodam laman web atau akaun online orang lain.

jadi 3 perkara yang perlu anda ada iaitu Backtrack, VMWare Player dan Internet. tidak lupa operating System yang lain jika anda rajin untuk mendownload operating system seperti windows vista atau windows XP. anda boleh wujudkan 3 jenis operating System dalam satu laptop anda iaitu windows 7 (OS asal laptop anda. kalau anda guna windows 7), Windows Vista dan Backtrack(dua-dua ini menggunakan virtual Machine).

untuk pengetahuan anda juga, backtrack boleh diboot ke Pendrive dan DVD anda. dengan menggunakan Pendrive, anda tidak perlu membawa laptop anda kemana-mana jika anda ingin menggunakan Backtrack 5, kerana pendrive adalah harddisck untuk menyimpan backtrack anda. jadi, apabila anda ingin menggunakan backtrack yang di dalam pendrive, anda hanya perlu masukkan ke laptop orang lain.

maksudnya, kita boleh gunakan Backtrack 5 ini sama ada menggunakan Pendrive/DVD ataupun virtual machine iaitu VMWare Player.

saya harap anda sudah tahu asas-asas bagaimana menyediakan makmal hacking dan sebelum menggunakan Backtrack 5 ini. untuk sebarang tutorial yang berkaitan dengan backtrack 5, di artikel seterusnya saya akan kongsi dengan anda. 

saya akan kongsi dengan anda bagaimana pula install Backtrack menggunakan VMWare Player.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 334